Mendengar cerita rakan-rakan Facebook yang aktif mengikuti perkembangan drama 'Jika Itu Takdirku' , di luar sedar rasa ingin tahu tiba-tiba mencanak naik. Maka, pada episod akhir saya atur jadual agar dapat duduk santai di depan skrin seusai Maghrib.
Sebuah plot yang mempunyai peleraian konflik yang agak klise. Namun rasanya seperti ada sesuatu kelainan pada drama yang mengisahkan konflik rumahtangga ini. Apa ya? (Persoalan yang tidak memerlukan jawapan)
Pandanglah segala yang ada di sekelilingmu dengan penuh rasa kasih kerana DIA. Moga-moga dirimu akan dikasihi ..
... berkunjunglah dengan rasa K.A.S.I.H ...
Manusia akan selamanya makhluk yang hakikat bebasnya kekal tertakluk. Ya, benar! Walau sehebat mana pun kita. Walau segah mana pun kita! Kita tetap hamba-Nya yang terikat dengan ketetapan. Ya, benar! Di sepanjang gerak hayat dan titik usia kita. Hakikat yang sukar dinafikan oleh sesiapa pun juga: hidup duniawi visanya amat terhad. Setelah usia berangkat buat kali terakhir, segalanya akan tamat. Maka, selamatlah kita transit di alam barzakh. Jadi, jomlah kita perbaharui ikrar ketakwaan kita. Bukankah taqwa itu tugunya iman? Iman yang menjadi paksi. Paksi yang mengejat keyakinan. Paksi yang menguatkan pendirian. Dan keperibadian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment