Saya memulakan penulisan ini dengan lafaz nama Allah yang Maha Memberi Anugerah! Segenap rasa syukur saya rafakkan kepada Dia yang telah terlalu banyak memberikan anugerah sepanjang tahun 2013 dan tahun-tahun sebelumnya. Alhamdulillah! Syukur seperabung langit.
Januari 2014 datang dengan cabaran baru. Barangkali lama di zon yang sudah agak selesa, Allah SWT datangkan bentuk anugerah yang lain pula. Tugasan kerja yang lebih berat dan menuntut kekuatan fizikal dan mental! Saya redha dan akan sehabis daya melakukan yang terbaik.
Semoga tahun baharu ini akan lebih bermakna buat kita semua; penuh dengan peningkatan takah kualiti kehidupan dunia dan akhirat. In-sha-Allah!
Sekian catatan - Wanita Januari yang selalu positif tentang kehidupan!
No comments:
Post a Comment