Sayaberpergian lagi. Agak jauh kali ini. Hanya akan kembali beberapa hari sebelum suria Januari 2013 menyinar kembali. Semoga dipermudahkan perjalanan ini, selamat segala-galanya. Hmm .. saya berkira-kira sendiri, tercapaikah hasrat nak menghantar 30 pos ke blog ini sepanjang Disember ini? Bukannya apa .. 2013 nanti, setelah kembali bekerja memang masa akan terhad sekali. Cubalah dengan usaha. Dan azam! Ya, azam. Saya tersenyum!
Petang tadi, sementara menunggu penyelenggaraan pesawat, saya berkesempatan menjejaki dua orang bekas anak didik saya di blog masing-masing. McLly Adrian dan Adillatul Hasif yang kini masing-masing sudah pun berjaya ke menara gading. Ada rasa terharu bertamu apabila mereka masih lagi menyelitkan nama DAMS dalam 'karya' mereka. Barangkali ada benarnya : teachers affect eternity? Buat mereka berdua: all the BEST @ ADB. Cikgu selalu mendoakan kalian walaupun jarang berkesempatan mengunjungi 'medan' kalian .. http://adillatul-hasif.blogspot ; http://adrianmclly.blogspot
Catatan kali ini agak ringkas kerana keburuan waktu. Sepanjang berpergian ini semoga tetap ada kelapangan untuk menintakan sesuatu di laman ini. Doakan musafir untuk menyelongkar ilmu-Nya kali ini berjalan lancar.
Pandanglah segala yang ada di sekelilingmu dengan penuh rasa kasih kerana DIA. Moga-moga dirimu akan dikasihi ..
... berkunjunglah dengan rasa K.A.S.I.H ...
Manusia akan selamanya makhluk yang hakikat bebasnya kekal tertakluk. Ya, benar! Walau sehebat mana pun kita. Walau segah mana pun kita! Kita tetap hamba-Nya yang terikat dengan ketetapan. Ya, benar! Di sepanjang gerak hayat dan titik usia kita. Hakikat yang sukar dinafikan oleh sesiapa pun juga: hidup duniawi visanya amat terhad. Setelah usia berangkat buat kali terakhir, segalanya akan tamat. Maka, selamatlah kita transit di alam barzakh. Jadi, jomlah kita perbaharui ikrar ketakwaan kita. Bukankah taqwa itu tugunya iman? Iman yang menjadi paksi. Paksi yang mengejat keyakinan. Paksi yang menguatkan pendirian. Dan keperibadian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment