Pandanglah segala yang ada di sekelilingmu dengan penuh rasa kasih kerana DIA. Moga-moga dirimu akan dikasihi ..
... berkunjunglah dengan rasa K.A.S.I.H ...
Manusia akan selamanya makhluk yang hakikat bebasnya kekal tertakluk. Ya, benar! Walau sehebat mana pun kita. Walau segah mana pun kita! Kita tetap hamba-Nya yang terikat dengan ketetapan. Ya, benar! Di sepanjang gerak hayat dan titik usia kita. Hakikat yang sukar dinafikan oleh sesiapa pun juga: hidup duniawi visanya amat terhad. Setelah usia berangkat buat kali terakhir, segalanya akan tamat. Maka, selamatlah kita transit di alam barzakh. Jadi, jomlah kita perbaharui ikrar ketakwaan kita. Bukankah taqwa itu tugunya iman? Iman yang menjadi paksi. Paksi yang mengejat keyakinan. Paksi yang menguatkan pendirian. Dan keperibadian.
Friday, 14 December 2012
Puisi: Tentang RINDU
Cuti yang panjang, masa senggang yang ada juga menjadi agak panjang. Saya mengisi cuti fasa pertama dengan mengemas. Banyak yang perlu dilupus, ada yang harus terus dijadikan khazanah.
Antara yang rasanya akan terus tersimpan sebagai khazanah ialah koleksi puisi yang saya tulis sejak lebih 20 tahun lalu.Puisi-puisi semasa di bangku sekolah. Zaman yang penuh dengan angan-angan, impian dan kenangan. Hmm .. nama pun zaman kanak-kanak!
Ketika usia menginjak remaja, menulis puisi menjadi rutin. Bila ilham datang, saya terus melarik pena. Tulisan-tulisan lama yang ditulis tangan (manalah ada sangat yang bertaip di tahun 80-an itu!) nampaknya sekarang ada yang sudah kusam dimamah waktu.
Antara puisi yang saya jejaki ialah tentang rindu! Huhuhu!
TENTANG RINDU
Keterasingan di tanah jauh
menjadikan hidup ini
ibarat angin sepi
yang maha sunyi
Kesunyian ini
menjadikan aku
terlalu arif mentafsir rindu
Titis hujan yang mendesah
adalah rindu
yang mendekatkan aku
pada mereka yang jauh
namun di hati
akrab selalu
kerana kami saling mengerti
tentang rindu!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment