Pandanglah segala yang ada di sekelilingmu dengan penuh rasa kasih kerana DIA. Moga-moga dirimu akan dikasihi ..
... berkunjunglah dengan rasa K.A.S.I.H ...
Manusia akan selamanya makhluk yang hakikat bebasnya kekal tertakluk. Ya, benar! Walau sehebat mana pun kita. Walau segah mana pun kita! Kita tetap hamba-Nya yang terikat dengan ketetapan. Ya, benar! Di sepanjang gerak hayat dan titik usia kita. Hakikat yang sukar dinafikan oleh sesiapa pun juga: hidup duniawi visanya amat terhad. Setelah usia berangkat buat kali terakhir, segalanya akan tamat. Maka, selamatlah kita transit di alam barzakh. Jadi, jomlah kita perbaharui ikrar ketakwaan kita. Bukankah taqwa itu tugunya iman? Iman yang menjadi paksi. Paksi yang mengejat keyakinan. Paksi yang menguatkan pendirian. Dan keperibadian.
Monday, 10 December 2012
Cuti Fasa 2
Cepat sungguh masa berlalu. Pejam celik berkali-kali, cuti sudah pun hampir mengakhiri fasa kedua. Anak-anak bersorak girang. Masa untuk bergembira. Memanjangkan langkah. Menjengah dunia di sana sini. Fasa inilah yang dinanti-nanti oleh anak-anak. Usahlah mereka, saya juga menanti detik-detik seumpama ini sebenarnya. Sekali-sekala berhabis duit untuk satu matlamat yang lebih bermakna memang berbaloi.
Orang kata, untuk memantapkan hubungan kekeluargaan cukup sekadar buat aktiviti bersama di rumah. Tak perlu buang-buang duit untuk pergi melancong bersama keluarga semata-mata mahu menguatkan ikatan kekeluargaan. Tapi, bagi saya kedua-dua cara ini saling melengkapi. Suasana yang berbeza akan tetap menghadirkan kesan yang tidak sama. Jadi, apalah salahnya kita berbelanja sedikit untuk merapatkan lagi ukhuwwah imaniyyah bersama ahli keluarga yang kita kasihi. Bukannya selalu pun, sekali atau dua kali setahun saja.
Jadi, sepanjang masa cuti fasa kedua ini, masa kami satu keluarga banyak habis di dalam perjalanan. Di setiap kesempatan yang singgah, saya tetap meluangkan masa menulis setiap hari. Walaupun hanya sebaris ayat. Selamat berlibur!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment