... berkunjunglah dengan rasa K.A.S.I.H ...

Manusia akan selamanya makhluk yang hakikat bebasnya kekal tertakluk. Ya, benar! Walau sehebat mana pun kita. Walau segah mana pun kita! Kita tetap hamba-Nya yang terikat dengan ketetapan. Ya, benar! Di sepanjang gerak hayat dan titik usia kita. Hakikat yang sukar dinafikan oleh sesiapa pun juga: hidup duniawi visanya amat terhad. Setelah usia berangkat buat kali terakhir, segalanya akan tamat. Maka, selamatlah kita transit di alam barzakh. Jadi, jomlah kita perbaharui ikrar ketakwaan kita. Bukankah taqwa itu tugunya iman? Iman yang menjadi paksi. Paksi yang mengejat keyakinan. Paksi yang menguatkan pendirian. Dan keperibadian.


Thursday 14 June 2012

Puisi: Cinta Zaman Remaja

CINTA ZAMAN REMAJA
(Dedikasi buat mereka yang pernah dan sedang dilamun cinta zaman remaja [ini sebuah tazkirah @ peringatan --- tanda KASIH! Juga buat mereka yang tidak pernah dan belum merasainya .. berbanggalah untuk itu ... kurang DOSA)


Tika kerdip matanya menitip pandang
Kembang ranumlah hati
Ada debar yang semakin melebar
Ada getar yang menggegar resah
Agh! Sudah terpanah cinta zaman remaja



Lalu ..saban waktu
Di hatimu hanya ada rindu
Gebu dan tepu
Namun akhirnya
Menjadi debu-debu
Hilang dalam deru bayu yang berlalu

Remajaku,
Usahlah hanya atas nama cinta
Maruah diri menjadi gadaian
Usahlah hanya atas nama cinta
Serah segala yang kau ada
Usahlah hanya atas nama cinta
Relakan saja  segala-gala yang berharga!

Titik keakrabanmu hari ini
Belum tentu melabuhkan sauh
Di pelabuhan kasih sejati
Mengejar cinta waktu remajamu
Ibarat mengejar bayang-bayang
Yang serba tak pasti
Ibarat memalit diri
Dengan tahi saban hari

Remajaku,
Usah biarkan nestapa
Menjadi naungan hayatmu
Setelah hanyut dalam gelora cinta
Panggillah dirimu pulang
Ke pangkalan cinta-Nya
Hanya cinta-Nya sahaja kekal abadi
Bukankah begitu, remajaku?



                                                 …… Ummu ‘Izzah, 28 Kenanga Heights, Petra Jaya, ………

2 comments:

Unknown said...

Kisah cinta remaja yang menyakitkan.Cinta remaja yang pernah membuatkan hati ni terluka. Cinta Allah patut diutamakan. Berbanggalah kepada yang belum pernah bercinta. Bila kta tersalah pilihan, itu sgt menyakitkan diri sendiri :(

Unknown said...

Pengalaman yang mendewasakan awak! Semoga lebih berhati-hati meniti hari-hari yang berliku di sepanjang perjalanan alam keremajaan.