... berkunjunglah dengan rasa K.A.S.I.H ...

Manusia akan selamanya makhluk yang hakikat bebasnya kekal tertakluk. Ya, benar! Walau sehebat mana pun kita. Walau segah mana pun kita! Kita tetap hamba-Nya yang terikat dengan ketetapan. Ya, benar! Di sepanjang gerak hayat dan titik usia kita. Hakikat yang sukar dinafikan oleh sesiapa pun juga: hidup duniawi visanya amat terhad. Setelah usia berangkat buat kali terakhir, segalanya akan tamat. Maka, selamatlah kita transit di alam barzakh. Jadi, jomlah kita perbaharui ikrar ketakwaan kita. Bukankah taqwa itu tugunya iman? Iman yang menjadi paksi. Paksi yang mengejat keyakinan. Paksi yang menguatkan pendirian. Dan keperibadian.


Sunday 24 June 2012

Bacaanku: Mencari Titik Fokus Kehidupan

Semalam saya berjaya menoktahi bacaan buku motivasi diri karya Brian Tracy. 'Focal Point' itulah karya asal yang telah pun diterjemahkan dalam edisi Bahasa Melayu. Sesekala membaca buku-buku seperti ini memanglah dapat memperbaharui ikrar kecintaan kita kepada perjuangan hidup. Dalam dunia pembacaan, saya memang tidak mempunyai limitasi bidang. Bermakna dan bermanfaat daripada kanta minda saya bermakna bahan bacaan itulah yang akan saya tekini.

Buku ini memberikan kita panduan bagaimana untuk kita menggandakan produktiviti dan mencapai matlamat-matlamat kita dalam hidup. Bahasa yang mudah. Ayat yang tidak berbelit-belit. Lontaran idea yang praktikal sifatnya. Itulah yang dapat saya katakan tentang buku ini. Sejujurnya, keseluruhan idea penulis memang melorongkan kita kepada kehidupan yang lebih berkualiti. Dan saya amat sukakannya! Bukankah Islam juga menekankan kecemerlangan hidup yang selari dengan syariat. Ya, kecemerlangan. Kecemerlangan yang di dalamnya ada elemen ketinggian kualiti. Islam menekankan kesungguhan dalam apa juga yang kita lakukan.

Saya ketengahkan di sini beberapa keratan yang mengesani jiwa saya yang sentiasa dahagakan penambah-baikan diri dalam memburu kehidupan yang lebih bererti kepada agama, keluarga dan nusa.

1- Kualiti kehidupan akan kita capai dengan lebih pantas daripada apa yang kita jangkakan jika kita ada hasrat mahu berubah, tekad mengambil tindakan dan disiplin yang kuuat untuk melaksanakan tabiat-tabiat baru yang dipilih serta azam meneruskan usaha. Tanpa jemu!

2- Kita dapat menggandakan waktu rehat tanpa mengorbankan produktiviti. Kuantiti masa tidak  mencerminkan kualiti kerja yang sebenar!

3- Cipta kemajuan. Bukan cipta alasan.

4- Hidup adalah penelitian terhadap tumpuan. Perlu bijak menentukan prioriti.

5-Semuanya sukar dahulu sebelum menjadi mudah. <Goethe, ahli falsafah Jerman> Janji Allah di dalam al-Quran: setiap kesukaran akan disertai dengan kemudahan. Apa yang penting, usaha mesti digandakan! Man jadda wajada.

6. Orang yang berjaya bertindak seperti layar radar. Sentiasalah pantau lingkunagn kehidupan, gali dan cari idea dan wawasan orang yang telah berjaya sebelumnya. Ambil iktibar daripada kegagalan orang lain.

^^ ^^^^ wallahu a'lam. DIA juga yang lebih mengetahui ^^^^^

4 comments:

Unknown said...

Salam uztazah :) Saya dah letak blog uztazah kat bloglist 'Family Debatku' :) Salam sayang dari saya. Doakan kecemerlangan final exam sy yang start rabu ni. Ma-as salamah, ila al-liqa' :)

Anonymous said...

cipta kemajuan dan bukan alasan tu. ayat terapi paling baik :)

Unknown said...

Ezza Boom, thanks dear. Insya-Allah! Semoga beroleh kejayaan yang diberkati-Nya.

Unknown said...

Rapunzeel, buku ini memang kaya dengan ayat yang memberikan semangat. Thanks for reading and being the follower of this blog.