Terus-terang, saat pertama kali membaca puisi karya Ramzah Dambul @ RD saya terus jatuh cinta dengan aspek stilistikanya. Sebagai pencinta bahasa, hati memang terbuai dengan puisi-puisi RD yang mempunyai diksi yang amat segar. In-sha-Allah, jika berkesempatan saya akan menulis sebuah artikel kritikan sastera menghazami unsur-unsur stilistika yang dihidangkan oleh RD yang juga merupakan sahabat lama saya. Pernah berkongsi aspirasi yang sama untuk memperjuangkan kemajuan anak bangsa Dusun khususnya dalam bidang pendidikan lewat beberapa siri motivasi di serata daerah Ranau ketika sama-sama menuntut di Universiti Malaya. Istimewanya, modal kem motivasi yang kami jalankan ini dibiayai sepenuhnya oleh kami sendiri bersama beberapa orang sahabat yang lain. Anak-anak muda yang berkongsi harapan dan impian yang sama! Alhamdulillah, pihak sekolah yang kami pilih menyambut baik kedatangan kami.
Banyak yang menyentuh hati saya dalam koleksi puisi hati RD ini. Saya tahu dia menulis dari hati. Itulah sebabnya 'nota hati' ini menyentuh hati pembacanya. Saya meneliti dan menghazami semua puisi yang dimuatkan dalam antologi sulungnya itu. Ternyata, RD berjaya mengetengahkan persepsi 'cinta' daripada dimensi yang 'di luar kotak'. Tahniah! Lalu saya menulis tentang puisi-puisi RD di 'dinding' Facebook saya. Ikhlas!
Saya kongsikan sedikit sisipan puisi RD tentang cinta yang saya kira amat romantic pengucapannya:
Puisi 1:
Cinta tertangguh
seperti warkah baru
berhari-hari menunggu
rindu enggan berlalu
Puisi 2:
Cinta dalam diam
seperti api dalam sekam
tak mudah padam
Memahami bahasa hati seorang sahabat lama saya membuat sesi 'penggulungan' tentang cinta. Begini ..
" Saya kira ada peribahasa Perancis yang sesuai 'menggulung' semua nuansa cinta dalam antologi ini; cinta membuatkan masa berlalu, masa membuatkan cinta berlalu. Hakikat yang terpahat: cinta ilahi menjadikan masa yang berlalu selalu tepu dengan restu!"
Dalam bahasa bonda kami, dia menulis begini: Bah Dayang, ponsikou togumu. Ma'an kundo quote ini kio .. mana tau doh haro kawagu book do wagu.
Semoga buku baru itu akan lahir nanti. In-sha-allah!
No comments:
Post a Comment