CINTA PERTAMA LEBIH INDAH DARIPADA CINTA KEDUA (Bahagian 3)
![]() |
Merenung langit mempertebalkan rasa cinta kepada Pencipta! |
·
(b) Definisi kontekstual bagi kata
‘INDAH’ - suatu emosi yang menghadirkan
rasa damai, tenang dalam jiwa. Bahagia dengan apa yang didepani menyebabkan
diri sangat bermotivasi untuk menjalani kehidupan. Pendek kata, hidup menjadi
sangat indah ; banyak perkara yang mahu dilakukan kerana cinta pertama tepu dan
gebu di dalam hati.
·
Justifikasi tentang mengapa cinta pertama
lebih indah? Kaitkan semula dengan definisi indah itu tadi.
·
Hujah Pertama; Kurang tanggungjawab, emosi sahaja
melebih-lebih, melimpah ruah – itu yang menyebabkan semuanya indah belaka!
Memberi dengan segala rasa kasih dan sayang; memberi satu kebahagiaan.
Maklumlah itu cinta sulung yang pernah tumbuh. Pencinta yang waras mengharapkan
cinta pertama berakhir sebagai cinta terakhir. Maknanya di sini, cinta pertama
yang kami definisikan sebagai pencadang adalah cinta yang didasarkan kepada
perasaan yang suci, bukan cinta si pencinta wanita yang menilai cinta sebagai
sesuatu yang tiada nilai, ibarat debu-debu di sepatu! Limitasi definisi kami
ini perlu diambil perhatian, rakan-rakan pembangkang! (Hahaha! Macam dah
kembali beraksi di pentas debat pula rasanya) Cinta pertama yang didoakan
merimbun sebagai pohonan mawaddah; yakni cinta yang tumbuh, terbina dan
bertambah takah demi takah.
·
Perlulah diingat, apabila membicarakan soal
cinta pertama – ia sarat dengan emosi. Emosi yang penuh dengan eon-eon positif.
Semuanya menjadi positif dan indah! Tanggungjawab dalam cinta pertama tetaplah
ada tetapi amat terhad jika dibandingkan tanggungjawab-tanggungjawab yang
terbeban dalam cinta selepas cinta pertama. Cinta pertama; sifatnya secara umum
(generalisasi la ni kiranya kalau ada kajian yang pernah dibuat) tidaklah
terlalu matang sifatnya. Itu cinta yang banyak dipengaruhi oleh emosi, maka
segalanya yang terpampang di skrin cinta pada ketika itu adalah yang
manis-manis belaka! Di situlah letaknya fakta bahawa; cinta pertama lebih indah
daripada cinta kedua!
·
Kalau pihak lawan menimbulkan isu: cinta pertama tidak indah kerana banyak cinta pertama
berakhir dengan permusuhan? Bagi respons begini: usah terlalu
pesimis dengan penangan cinta pertama. Hakikat yang terpahat, apa pun namanya
cinta – tak kiralah; cinta pertama ke kedua ke ketiga ke keseratus hatta cinta
terakhir sekalipun, kalau tanpa disendikan takwa memang akan berkesudahan
dengan permusuhan.
·
Saya nak tanya pihak pembangkang, kalau
benar cinta pertama tidak indah, mengapa berlambak kes yang bertanyakan
pakar-pakar cinta di kolum-kolum majalah menimbulkan isu tentang cinta pertama
yang sudah lama berputik kembali? Pernahkah kita dengar ‘cinta kedua berputik
lagi?’ Apakah maknanya semua ini? Semua ini memberitahu kita semua bahawa cinta
pertama memang sangat indah, lebih indah daripada cinta kedu, tiga, empat, lima
dan keseribu sekalipun! Sentiasa hidup dalam kenang-kenangan dibawa bersemadi
hingga ke mati.
------ bakal bersambung --------
No comments:
Post a Comment