... berkunjunglah dengan rasa K.A.S.I.H ...

Manusia akan selamanya makhluk yang hakikat bebasnya kekal tertakluk. Ya, benar! Walau sehebat mana pun kita. Walau segah mana pun kita! Kita tetap hamba-Nya yang terikat dengan ketetapan. Ya, benar! Di sepanjang gerak hayat dan titik usia kita. Hakikat yang sukar dinafikan oleh sesiapa pun juga: hidup duniawi visanya amat terhad. Setelah usia berangkat buat kali terakhir, segalanya akan tamat. Maka, selamatlah kita transit di alam barzakh. Jadi, jomlah kita perbaharui ikrar ketakwaan kita. Bukankah taqwa itu tugunya iman? Iman yang menjadi paksi. Paksi yang mengejat keyakinan. Paksi yang menguatkan pendirian. Dan keperibadian.


Wednesday, 13 November 2013

Nota Debat 5 (Akhir)


CINTA PERTAMA LEBIH INDAH DARIPADA CINTA KEDUA (Bahagian Akhir)
 
·         Hujah Ketiga; cinta pertama maknanya pengalaman pertama dalam bercinta. Kesannya amat mendalam di hati manusia yang bercinta. Walau pahit macamana pun kesudahan sebuah cinta pertama namun tetap banyak yang manis untuk dikenang. Hal ini berbeza dengan cinta kedua. Cinta kedua amat dependen sifatnya dengan cinta pertama. Sebab itu pujangga cinta ada menyatakan cinta pertama adalah kenangan, cinta kedua adalah pelajaran, dan cinta yang seterusnya adalah satu keperluan kerana hidup tanpa cinta bagaikan masakan tanpa garam.

·         Maknanya di sini, cinta pertama menjadi lebih indah daripada cinta kedua kerana cinta kedua dibayangi oleh cinta pertama. Cinta kedua dipengaruhi oleh persepsi si pencinta terhadap cinta pertama. Itulah sebabnya, pencinta menjadi terlalu berhati-hati untuk menghadirkan cinta kedua atau menerima kedatangan cinta kedua. Pengalaman gagal dalam cinta pertama umpamanya menyebabkan dia serik dengan rasa sakit yang dulu. Tapi ingat! Dalam pada ‘sakit’ itulah tersisipnya keindahan cinta pertama. Indah untuk dikenang!

·         Kalau timbul isu: jika cinta pertama lebih indah daripada cinta kedua – mengapa ramai manusia yang membina cinta kedua selepas gagal cinta pertama? Well, senang saja nak bidas-cantas tu: “saya nak tanya satu persoalan besar kepada pihak pembangkang! Dapatkah anda hidup tanpa cinta? Adakah saya, anda dan seisi dewan ini akan lahir tanpa cinta? Sudah tentu tidak, bukan. Maknanya; tiada manusia yang boleh hidup tanpa cinta. Cinta yang bagaimana? Cinta yang diukur dan ditafsir berdasarkan neraca naluri. Bagi yang lebih bertakwa, cinta diukur menggunakan pembaris iman dan kematangan! Gagal cinta pertama, cari cinta kedua – itu tidak menjadi bukti yang mantap untuk menyokong dakwaan yang menolak keindahan cinta pertama berbanding cinta kedua!!


Rumusannya:  cinta pertama tetap lebih indah daripada cinta kedua. Seorang klimatologis yang puitis menegaskan bahawa : Cinta pertama seperti warkah lama, berulang-ulang dibaca manis masih serupa.    – Allien Menchari Cinta!- RD @ Adul.


Tanpa membuat sebarang suntingan, butang ‘send’ kutekan perlahan. Sekejapan cuma, pasti rempuhan hujah ini akan menerobos masuk ke peti mel elektronik anak debatku di utara Semenanjung sana. Agh! Anakku andai kau disapa musim bunga suatu hari nanti, kau akan lebih mengerti realiti; hanya cinta kepada Dia sahaja cinta paling indah dan manis tanpa ada bandingan dengan apa darjat dan bentuk cinta sekalipun!
 
 

No comments: