PUISI CINTA BUAT ARJUNA – nota
ulangtahun tahun ke-16 perkongsian cinta
(… setelah terlalu lama tidak mengirimmu
puisi)
Adakah daku dicintai
kerana tulus-mulus kulitku
atau pun kulitku kudus-mulus
kerana engkau mencintaiku, arjuna?
Aku dambakan cintamu
kepada yang Maha Pencinta
melebihi cintamu padaku
agar cinta antara dua hati
diikat dengan syahadah cinta fillah!
Aku mahu bercinta denganmu
hingga ke jannah akhirat, arjuna!
28 September 2013
Pullman, Putrajaya
No comments:
Post a Comment