Seusai solat Jumaat, anak-anak pulang ke rumah dengan walid. Masing-masing mengeluh panas! 'Malaysia makin panas', komen si anak bujang - Ameer. "di neraka lagi panas, bang Ameer!", sambut Izzah yang sedari tadi menemani saya di ruang tamu. Kami berdua santai menikmati minuman sejuk dengan coklat sementara menunggu mereka bertiga balik. Izzah ini memang selalu mendengar ustaz di sekolah mensinonimkan neraka dengan kepanasan atau kepanasan dengan neraka. "Ummi, kalau Izzah keluar rumah tak pakai tudung, selangkah Abie ke neraka, kan?" tanya si Izzah melirik Abienya. "Haahlah tu, Izzah. Kalau tak sayang Abie, keluarlah tak pakai tudung." Si Abang bersuara garang. Menjawab bagi pihak. "Abang, kalau lambat solat sebab asyik main Call of Duty pula, neraka hantar utusan; geng Malaikat Malik akan cakap: "Ameer, call of hell is waiting." Izzah! Betapa selamba 'mengenakan' abang sulungnya yang 8 tahun lebih senior. Saya dan suami berbalas pandang. Syukurlah! Anak-anak mengerti panas neraka. Semoga mereka akan selalu ingat bahawa kulit manusia tidak setebal mana untuk menahan pedih sambaran api neraka. Ya Allah! Bantulah kami untuk mendidik anak-anak kami.
Pandanglah segala yang ada di sekelilingmu dengan penuh rasa kasih kerana DIA. Moga-moga dirimu akan dikasihi ..
... berkunjunglah dengan rasa K.A.S.I.H ...
Manusia akan selamanya makhluk yang hakikat bebasnya kekal tertakluk. Ya, benar! Walau sehebat mana pun kita. Walau segah mana pun kita! Kita tetap hamba-Nya yang terikat dengan ketetapan. Ya, benar! Di sepanjang gerak hayat dan titik usia kita. Hakikat yang sukar dinafikan oleh sesiapa pun juga: hidup duniawi visanya amat terhad. Setelah usia berangkat buat kali terakhir, segalanya akan tamat. Maka, selamatlah kita transit di alam barzakh. Jadi, jomlah kita perbaharui ikrar ketakwaan kita. Bukankah taqwa itu tugunya iman? Iman yang menjadi paksi. Paksi yang mengejat keyakinan. Paksi yang menguatkan pendirian. Dan keperibadian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment