CINTA PERTAMA LEBIH INDAH DARIPADA CINTA KEDUA (Bahagian 4)

·
Hujah Kedua; Cinta pertama lazimnya terjadi semasa
zaman remaja yang hormon ‘cinta’ dihasilkan dengan amat banyak. Itulah
sebabnya, ketika zaman muda lela hidup menjadi sangat indah dengan kehadiran
cinta!
·
Berdasarkan kajian Universiti
London, orang yang sedang jatuh cinta bahagian otaknya yang mengawal
fikiran-fikiran kritis akan terganggu. Kesannya terjadilah peningkatan aktiviti
pada bahagian otak yang memberi respons terhadap perkara-perkara baik. Sementara
itu, bahagian otak yang biasa membuat penilaian-penilaian negatif mengalami
penurunan aktiviti. Maknanya, mereka yang jatuh cinta seakan-akan dibutakan
cinta sehingga penilaian tentang pasangan mereka tidak seperti biasa; lebih
cenderung kepada penilaian yang bersifat positif. Hal-hal negatif atau
kesalahan pasangan dipandang dengan mata terpejam.
·
Itulah yang menimpa pihak
pembangkang, apabila dilamun cinta pertama! Tergolek-golek di padang impian
ketika jatuh cinta pandang pertama dengan si dia. Bukan sekali, bahkan
berkali-kali. Segala yang ada pada dia, semuanya baik-baik belaka. Baju yang
dia kenakan, walaupun selalunya hitam atau putih tetap cantik di mata. Cara dia
bercakap, cara dia bergaul, cara dia membalas bicara, gaya dia berjalan.
Aduhai! Semuanya tampak sopan. Manis! Tanpa ada sedikit pun rasa masam-masam.
Segala-galanya indah!
·
Biar saya rujuk sebuah artikel
ringkas yang ditulis oleh seorang antropologis daripada Rutgers University;
Helen Fisher namanya. Menurutnya, jatuh cinta mengaktifkan pusat ‘kenikmatan’
di bahagian otak. Akibatnya, pengeluaran hormon dopamina yang membuatkan
seseorang berasa gembira meningkat. Hormon yang dikeluarkan secara aktif dan
berterusan itulah yang menimbulkan perasaan ketagihan pada orang yang dilamun
cinta.
·
Daripada rumus kimia ini kita
temui fakta yang menarik menjelaskan tentang cinta. Perasaan cinta dan kasih
antara dua manusia yang berlainan jantina timbul kerana wujudnya persamaan
kimia di dalam diri kedua-duanya. Dalam teori kimia itu dijelaskan bahawa salah
satu bahan kimia itu ialah hormon
feromon. Dalam bahasa Yunani, ‘feromon’ ini bererti ‘yang membawa sensasi’.
Feromon ini sebenarnya adalah suatu zat kimia yang datangnya daripada kelenjar
endoktrin yang dimiliki oleh semua makhluk hidup. Fungsi pengeluaran hormon
semula jadi ini ialah untuk mengenali jenisnya, lawan jenisnya, individu lain
di luar dirinya dan kelompok lain. Hormon ini jugalah yang menimbulkan rasa
sayang, kasih, cinta dan rindu!
·
Hormon ini mempunyai tindak balas
yang tersendiri. Patutlah orang kata ‘dari mata turun ke hati’. Proses feromon ini selalunya bermula daripada
mata. Jika berlakunya ‘eye contact’, feromon akan dihidu oleh organ tubuh
manusia yang sensitif iaitu Vomerosonal Organ (VMO) yang letaknya di dalam
lubang hidung. Jaringan saraf akan mengangkut ‘maklumat’ ini ke otak.
·
Setiap hormon feromon yang
dirembes dari tubuh akan dihidu oleh VMO dan dihantar ke daerah hipotalamus.
Hipotalamus ini fungsinya ialah mengatur emosi manusia. Sebaik menerima
rangsangan, otak akan memberikan tindak balas dan akan mempengaruhi keadaan
psikologi tubuh. Itulah yang menyebabkan saudara pembangkang gelabah tidak
terkata apabila berpapasan dengan sang pujaan hati. Perubahan denyut jantung,
nafas jadi tidak menentu, suhu badan meningkat dan berpeluh-peluh!
·
Apabila hormon feromon bertindak,
hipotalamus akan merangsang pembentukan kimia lain iaitu phenyletilamine (PEA),
dopamine, neropinephrine, endropin dan hormone oksitosin. Bahan kimia ini pun
akan bertindak sesuai dengan fungsinya masing-masing. PEA, dopamine dan
neropinephrine memberikan respons tersipu-sipu atau malu ketika berpandangan
dengan orang yang dikasihi. Endropin akan menimbulkan perasaan aman, damai dan
tenteram. Manakala oksitosin berperanan dalam membuat rasa cinta itu rukun dan
mesra antara keduanya.
·
Nah! Apakah kaitannya dengan usul
debat ini. Apabila cinta pertama berputik ketika hormon-hormon cinta itu aktif
dihasilkan oleh sistem badan kita, maka di situlah tercetusnya suatu fenomena
‘kesan abadi’. Maknanya keindahan itu akan dirasakan sampai bila-bila sehingga
tidak akan mampu menandingi nikmat cinta kedua lagi.
---------- slot akhir akan berkunjung -------
No comments:
Post a Comment