DIRGAHAYU, KENYALANGKU
Jauh di seberang sini
Kuhimpunkan segala doa
Cintaku tidak akan tumpah
di tanah lain
kerana di sini segala darahku
sudah lama tumpah
Kenyalangku,
Kala upacara memuja usiamu
Aku tidak ada di sia
Kerana kelana nan jauh
Di seberang sini
Pun begitu
Telah kuseluruhi wajahmu
Dengan hembusan doa
Moga-moga tercapai cinta inderaloka
Yang mahu digapai
Sejak bermusim-musim lama
KLCC
16 September 2013
No comments:
Post a Comment