Hari ini sepagian di DBP menyaksikan Forum Remaja peringkat Negeri berlangsung. Sebenarnya tugasan saat akhir seperti ini tidaklah saya gemari, namun memandangkan arahan telah diberikan. Maka saya hanya menurut perintah! Sejujurnya, rindu memesrai medan forum ini lagi setelah sekian lama membawa pasukan utara Sarawak berjuang di medan yang sama. Di stesen baru, kesibukan terlalu merantai. Perlu bijak meletakkan keutamaan, tidak segagah dulu untuk menggegau kesemuanya. Hah! Hal ini jugalah yang menjadi jawapan mengapa karya 'tebal' saya belum lagi lahir-lahir. Buat mereka yang selalu bertanya, nantikan sajalah.
Julai, 2013
Balai Budaya, DBP Kuching
No comments:
Post a Comment